Sabtu, 18 Februari 2012

''BELAJAR BERSABAR"SEUNTAI KATA BERLAKSA MAKNA

Seorang lelaki bertanya:
"Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat, yang hubungan aku erat dengan mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepadaku, aku bersabar menghadapi sikap mereka itu tetapi mereka menganggap sikapku itu adalah bodoh."

Kemudian baginda menjawab:
"Sekiranya benar seperti mana yang engkau katakan itu maka seolah-olah engkau menyuap mereka dengan abu yang panas, sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah Taala selama mana engkau berada di dalam kebenaran atas perkara yang demikian itu."

(Hadis Riwayat Muslim)

refleksi:

    Islam mengajar umatnya supaya banyak bersabar dalam semua keadaan sama ada ketika senang ataupun susah kerana ia adalah kayu pengukur darjat keimanan seseorang. Islam mengajar umatnya supaya jangan membalas keburukan orang lain, sebaliknya menambahkan lagi kebaikan terhadap mereka, mudah-mudahan hati mereka menjadi lembut dan bertambah baik. Insya-Allah, Allah SWT sentiasa memberi pertolongan kepada orang yang sentiasa sabar dan benar dalam melakukan sesuatu tindakan. Setiap umat Islam wajib menghubungkan silaturahim dan haram memutuskannya. Bersabarlah. =)Jika kau telah berbuat baik,tapi mereka menyakitimu.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar